p1

Gathering Blogger Perak Yang Menarik

Hye semua, Maaf kerana sudah lama menyepi, sibuk dengan beberapa kerja dan juga sedang sibuk pembangunan Blogger Perak. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun agak terlewat dari segi jadual asal.
Blogger Perak

Sebenarnya kami baru sahaja bercuti bersama di atas nama projek Gathering Awal Tahun Blogger Perak 2013 di teluk senangin. Itu adalah aktiviti wajib yang sentiasa diadakan samada di awal atau akhir tahun. Kami sentiasa aktif berhubung di alam maya dan sentiasa bersua muka beramah mesra. Itu bezanya kami dengan yang lain. susah senang kami sentiasa ekori bersama. Keluarga mereka, keluarga kami juga.

Bagi yang ingin mengenali kami. kami sentiasa update di faecebook dan juga blog kami Blogger Perak. Mana yang malas nak membaca boleh ikut aktiviti kami di channel youtube iaitu BloggerPerak Production. Saksikan aktiviti kami di Teluk senangin.

Read more
p1

Berbogel dan Potong Trademark bolasepak 2012

Good.. syabas betei pada yang berani mati mengeluarkan pernyataan yang menguji kekuatan mental dan kebijaksaan sebagai seorang manusia. Trademark yang semakin menjadi ikutan dari yang baru nak up untuk menghotkan diri atau meng femes kan diri sehingga ke level politik negara. Syabas... trademark baru ni di mohon dimasukan dalam iklan di tv untuk menarik penonton.
Harimau Malaya

Sedar tak sedar trademark baru ni sebenarnya satu konsep pemasaran yang berjaya. kalau si anon Rubella yang berwajah manis yang sexy dan montok meng up status di twitter atau facebook " Berani berbogel dan tawaf satu stadium dan berjalan guna tanganlah kalau team rajagopal kalah malam ni" nescaya account Rubella serta merta mendapat hot click termasuk beriban follower atau beriban likes atau friends dalam tempoh tak kurang dari 24 jam. So nampak tak hyperbola kat situ.

So oleh sebab situasi kat Malaysia ni mudah mempercayai MLM dalam masa yang sama trademark ni jadi satu jalan untuk bisnes plan. Nak dapatkan follower,friends atau like tanpa perlu susah-susah nak guna viral atau ramuan seumpamanya..hanya guna satu ayat dan 'pop' u are famous now..Tahniah untuk kebijaksanaan para pemikir sekarang.. Good luck betei..

Mohon lepas ni ada trademark yang lebih ohsem seperti "nak lari itik sambil berbogel secara live"..mohon...


Read more
p1

MY Apple iClub Group Pengguna Di Malaysia

Memperkenalkan satu lagi group untuk pengguna dan peminat brand Apple yang semakin berkembang di Malaysia. Bermula dari sekumpulan peminat idevice kini group MAiC hampir mencecah 2000 ahli. Dan baru-baru ini pertambahan ahli group ini semakin bertambah selepas group ini diperkenalkan kepada orang ramai melalui akhbar Kosmo pada 10 October yang lalu. Tahniah kepada admin-admin group.
MAiC MY Apple iClub

Untuk yang belum mengetahui pasal Group MAiC, anda boleh join group ini di faecebook. Platform Facebook yang user friendly lebih memudahkan setiap perbincangan disamping merapatkan hubungan silaturrahim berbanding platform forum dan sebagainya tetapi tidaklah melupakan atau merendahkan platform forum kerana ahli MAiC juga bermula dari forum. Facebook hanyalah satu point untuk berkumpul bersama untuk membincangkan khas mengenai brand Apple.


MAiC MY Apple iClub

Untuk yang belum mengetahui pasal Group MAiC, anda boleh join group ini di faecebook. Platform Facebook yang user friendly lebih memudahkan setiap perbincangan disamping merapatkan hubungan silaturrahim berbanding platform forum dan sebagainya tetapi tidaklah melupakan atau merendahkan platform forum kerana ahli MAiC juga bermula dari forum. Facebook hanyalah satu point untuk berkumpul bersama untuk membincangkan khas mengenai brand Apple. Gath atau pertemuan singkat juga selalu diadakan untuk merapatkan hubungan sesama ahli atau membincangkan permasalahan mengenai idevice secara lebih teliti.


Sehingga sekarang group MAiC dikendalikan oleh 25 orang admin yang sedia membantu pengguna baru atau lama yang mempunyai masalah terutamanya berkaitan dengan idevice. Antara yang dikenali oleh bro ialah bro mohd akiyang mempunyai masalah terutamanya berkaitan dengan idevice. Antara yang dikenali oleh bro ialah bro mohd akif, bro Koba Beckquer, Bro Fatdel territory dan ramai lagi.

Kepada yang berminat berkongsi pengetahuan mengenai idevice seperti Jailbreak (JB), tweak, update atau berkongsi kepakaran memperbaiki idevice anda dialu-alukan untuk join group ini. Kepada yang sudah join dengan group AUG iaitu Apple User Group Malaysia juga dialu-alukan untuk menambah kengkawan yang mempunyai minat yang sama. Ini kerana tiada beza diantara AUG dengan MAiC dari segi tujuan penubuhan group. yang bezanya  AUG tertubuh dahulu dari MAiC dan sudah mempunyai bilangan ahli seramai 2300 orang. Malah ada diantara ahli join kedua-dua group kerana bagi mereka ilmu dan kawan yang diperolehi lebih bermanfaat berbanding mencari kekuatan atau kelemahan group tersebut.
Apple User Group

Tahniah kepada admin-admin kedua-dua group kerana sentiasa membantu pengguna-pengguna baru untuk mencapai kepuasan ditahap maksima dan begitu juga dengan ahli-ahli group yang sentiasa membantu dan memberi pendapat atau idea sekiranya ada masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli group. Tahniah sekali lagi kepada admin kerana menjaga group dengan baik dan menyingkirkan sebarang anasir luar yang tidak sihat seperti scam dan sebagainya.. Adalah diingatkan sebarang aktiviti ahli dipantau bagi memastikan keselesaan ahli group terjamin.

Read more
p1

Pro Montok Menganjalkan Buah Dada - LOL

Sekarang dah bersepah produk kesihatan kat pasaran. Yang nak kurus boleh kasi slim sehingga boleh bergaya dengan aksi cekak pinggang sambil menunjukkan aksi pinggang yang ramping bersaiz 24. Yang nak six pax dan badan berotot-otot macam super saiya pun dah boleh. Nanti boleh show kat profile picture badan berlipat-lipat tanpa baju sambil menunjukkan bulu-bulu yang sedia ada.
iklan lucu buah dada

Yang paling best tang nak iklan tunjuk power. "Oh suami power habis,Isteri pasti suka" sambil iklan terpampang si wajah isteri dengan muka puas. Bila pergi kedai dengan anak dan tertiba anak nampak kopi cap gantung yang selalu ayah dia beli, Si anak terus jerit kuat-kuat.."Mak..ni ha kopi power ayah" sambil tunjuk kat kopi cap gantung.

Part paling best dekat iklan-iklan ubat sakti ni bila ada ayat-ayat yang so sweet yang boleh membuatkan budak-budak membahan di sekolah. Contohnya:
1. kopi mengancam suami pasti hebat
2. kopi mengancam isteri pasti puas.
3. Isteri peluk erat-erat
4. suami raja isteri tersenyum puas..

p/s: pesanan penaja kalau dah jadi duta kepada satu-satu produk janganlah sampai nak menjadikan badan tu sebagai pelaris. Nanti Ombak Besar datang baru tau...

Read more
p1

Virtual Router Manager Download For Broadband

Satu perkongsian. Kepada sesiapa yang nak jadikan laptop/pc sebagai hos untuk dijadikan spot wifi boleh guna ini. Lagi mudah dari software connectify. So lepas ni korang dah ada wifi untuk digunakan.Boleh sambung ke telefon canggih korang atau ke laptop lain. kalau nak lagi rare sila cas diorang. Software ni bagus untuk pengguna broadband memandangkan sebelum ni broadband tak boleh share internet sekarang korang dah boleh berkongsi.
Virtual Router Manager Download windows 7

Link download mediafire - Virtual Router Manager Download mediafire
selamat

Read more
p1

Gambar Lawak Merdeka 55 Malaysia

Bak kata orang bila umur manusia ni mencapai umur 50 tahun ke atas dikira sebagai tahap pengakhiran. Tapi pengakhiran yang penuh dengan pengalaman dan segala kenangan, dan yang lebih penting adalah pengetahuan dan pengetahuan.
bendera malaysia
icon Bendera malaysia

Jadi Negara Malaysia di ambang pengakhiran??
Bukan tu maksud aku.Malaysia sudah mencapai tahap kematangan dan kemajuan negara dah seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Tapi bak kata peribahasa baru..."Buat jalan baik mana pun lama-lama berlubang juga"

Negara dah merdeka tapi masih ada rakyat yang belum mengecap nikmat merdeka. Kenapa? soalnya mudah. "Tak kan tahu sakit di kepala kalau tak cuba di ketuk dengan tukul" maknanya orang tak kan tahu cerita kalau tak ada yang bercerita. Kesimpulan?? Kalau nak tunggu orang bercerita tapi pak pandir tak nak turun mencari tukul mana mahu boleh ditukul. Penjelasanya mudah.. masih ada yang susah payah tanpa perhatian,hidup seperti orang yang tidak pernah merdeka (senang). kais pagi makan pagi, hulur malam makan  malam.




Tentu ada yang pening dengan ayat di atas. Kesimpulan mudah.. kita masih belum cukup sedar bahawa kemajuan dan kemerdekaan ini tak seiring dengan identiti sebagai seorang yang berilmu. Pecah belah sana sini, masa di injak-injak, kecelaruan berlaku. jadi biarlah mulai saat 31 Ogos 2012 ini sebagai batu ukur untuk berubah dan membina Malaysia kearah lebih bertamadun..
Sambutan merdeka 53 - cuba teka kat mana?

Alangkah indahnya bagi yang beragama Islam beramai-ramai menunaikan solat hajat dan sujud syukur di hari kemerdekaan ni. Indah bukan.. Ya sangat indah.. Anda bagaimana?

Read more

Follow by Email - Masukan Email anda untuk mendapatkan post terbaru terus ke dalam email