10 BANGUNAN TERCANTIK DAN MEGAH DI DUNIA

Kali ini nak beri korang info tentang bangunan-bangunan yang paling cantik didunia. Tapi kali ni aku tak nak story info tentang bangunan yang biasa kita dengar macam Taj Mahal arau menara Eiffel. Info ni aku ambik dari laman pelancongan dunia. Nanti boleh lah korang nak melancong ke sana yer.

MEZQUITA DE CORDOBA, CORDOBA,SEPANYOL



Mezquita atau Masjid Cordoba sekarang telah dijadikan sebagai sebuah gereja besar walaupun pada asalnya adalah sebuah masjid..tak tahulah pula kenapa boleh bertukar. Pembangunan kompleks gereja besar ini memerlukan waktu lebih dari 2 abad. Lama giler kan. Pilar melengkung dengan warna belang-belang. Mozek yang mempersonakan dan lajur-lajur yang tak berhujung pangkal dan terhasil dari batil akik dan marmar adalah beberapa sebab kenapa korang perlu singgah ke sini.

SHWEDAGON PAGODA, YANGON,MYANMAR

Tradisi menyumbangkan emas untuk pagoda di abad ke -15 akhirnya membentuk sebuAH pagoda bersalut emas tulen. Bukan itu saja malah ia juga dihiasi dengan rubuan berlian dan batu delima dan juga bahagian luarnya merupakan sebuah mahakarya seni yang tak mungkin terkalahkan. Di bahagian dalam pula mempunya langit-langit yang sangat menarik dah hiasan barang peninggalan kuno Buddha aku pun nak datang sini gak tapi bukan nak melancong..tapi nak curik satu dua berlian kat situ..waa sangat bermoral tujuan aku tu.

MAJILICA HOUSE,WINA, AUSTRIA



Diskripsi yang tepat untuk bangunan yang satu ini adalah pelik, mencucuk mata dan benar-benar mengagumkan. Dicipta oleh Otto wagner, Majolica house adalah salah satu karya agung yang terbaik dari gerakan seni Art Nouveau.

HOOVER DAM, BLACK CANYON, SUNGAI COLORADO,AMERIKA SYARIKAT (AS)

Empangan yang membatasi Negara kawasan Arizona dan Nevada ini adalah sebuah keajaiban dari seni arkitek moden. Bangunan ini terkenal dengan reka bentuk art deco atau dekorasi seninya yang indah tetapi mempunyai nilai kesederhanaan. Tidak hanya penampilan luarnya, bahagian dalam bangunan ini pun amat cantik, sebabnya , lantainya mengunakan marmar terazo (google yer korang)


OPERA DE ARAME,CURITIBA,PARANA, BRAZIL

Ianya sebuah bangunan teater yang mempunyai seni bina yang menakjubkan. Ia dikelilingi oleh tiang-tiang besi dan sangat transparensi (lut sinar). Teater ini sering digunakan untuk beberapa pertunjukan drama penting di Negara itu. Korang di nasihati pergi di malam hari untuk melihat suasana menakjubkan dari pancaran cahaya lampu-lampunya.

GOLDEN PAVILION, KYOTO, PULAU HONSHU, JEPUN.



Efek dramatic dari dedaunan berwana emas di sekitar bangunan ini direfleksikan oleh air kolam yan gmengelilingi pavilion. Maka dari itulah kolan ini digelar kolam cermin. Meskipun cukup cerah bangunan yang sau ini memberikan suasana yang amat tenteram


30 ST. MARY AXE, LONDON, ENGLAND



Bangunan pencakar langit moden di kota London ini berbentuk seperti peluru berpandu atau mentimun. Walaupun ada sebahagian orang mengejek reka bentuknya yang pelik, tapi sebahagian lagi terkesima atau tercengang oleh keaslianya. Dengan ukuran tiga kali lebih tinggi dari air terjun Niagara, bangunan yang juga digelar the Gherkin ini bukanlah tempaT yang tempat bagi korang yang takut kan akan ketinggian.

JANTAR MANTAR, JAIPUR, RAJASTHAN, INDIA

Sebuah planetarium dari abad ke-17 ini berperanan penting untuk meramalkan peristiwa astronomi mahupun meterologi di daerah tersebut. Lokasi yang paling mengagumkan adalah alat penunjuk waktu dengan bantuan mataharinya atau disebut juga dengan nama Samrat Yantra.


TWA FLIGHT CENTER, BANDAR UDARA JOHN F. KENNEDY, QUEENS, NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT.



Terminal Bandar raya yang bergaya futuristic karya Eero Saarinen ini sangat rapid an mengingatkan kira pada gilem kartun the Jetsons. Tempat ini juga melanmbangkan gemerlap kemewahan perjalanan udara amerika dahulu. TWA Flight Center dimasukan dalam satu lokasi filem arahan Steven Spielberg berjudul Catch me if  you can.


WIBLINGEN ABBEY LIBRARY, ULM, PROVINSE BADEN-WURTTEMBERG, JERMAN,



Berbelit lidah aku nak sebut nama ni. Maklumlah kena cakap jerman kan. Kemegahan dan kemewahan bangunan bergaya seni Rococo unu berada did ala kategori “anda harus melihatnya dahulu baru boleh percaya” . Para pengkiritik pun mengakui kekaguman mereka dengan perpustakaan yang tenang namun mempunya semangat ini. Kalau study kat sini comform u all boleh dapat A punyalah.

p/s: apa pendapat korang semua..setuju tak kalau apa yang dah di list kan diatas adalah yang tercantik kat dunia?? 
SHARE

Bro Aim

lets chill our self

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

24 comments:

  1. CERITA AKU DAN SESUATU
    -Bro Ery-

    Myanmar, Jepun dan Jerman tu amat mempersonakan. Kalau dapat pergi tang Myanmar tu aku nak kikis tokong tu dapatkan emas dia.

    ReplyDelete
  2. memang xpenah tawu pon ade bangunan macam nih..
    hoho.

    ReplyDelete
  3. pnh pegi ulm time study kt germany dulu tp xtau lak ada library secantik tu. yg saya tau situ ada menara gereja tertinggi di dunia

    ReplyDelete
  4. @efyery84TAK PAYAH KIKIS..KITA AMIK SEKETUL TERUS..HAHA

    ReplyDelete
  5. @saya_ariefHAHA...AKU PUN...SELALU DENGAR YANG LAIN JER..

    ReplyDelete
  6. @DawaOH YER KER..NANTI AKU WAT ENTRY PASAL BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA PULA ..HUHU

    ReplyDelete
  7. teringin ah nak berada kat tempat-tempat kejadian tuh. . ^_^

    ReplyDelete
  8. kat myanmar tu, kalau nak kuar masuk agak-agaknye, kene scan tak?... emas tu... dasyat la...

    ReplyDelete
  9. Kalau lah ada duit banyak rasanya nak kesemua tempat ini!

    ReplyDelete
  10. Huuu, yang Jepun tu cantik. Aman je kalau duduk kat situ kan..

    ReplyDelete
  11. RIAN, ZMAH, MISS TIRA :: NANTI KITA KUMPUL DUIT NUFFNANG BANYAK2..HAHA

    ReplyDelete
  12. wah nicee ! kalau pergi Tmn Tamadun Islam ada masjid nie kalau tak silap. dah lama pegi sana. best situ banyak replika masjd2 d dunia

    ReplyDelete
  13. @Ifti LarinaOH YER KER...NEW INFO TU..TIMA KASIH

    ReplyDelete
  14. fuyo0...cantik ah yg kt brazil dan england tu...terbaik

    ReplyDelete
  15. @efa oraite nanti kita pergi..hehe

    ReplyDelete
  16. Memang cantik semua bangunan ini...

    ReplyDelete