10 IKAN TERCANTIK DI SELURUH LAUTAN DAN TASIK DI DUNIA

Hye semua, kali ini nak cerita tentang ikan. tapi bukan ikan yang korang nak pancing or nak makan. Tapi nak story about ikan-ikan yang cantik dan sesuai dibela. Nak dijadikan Cerita, aku pun suka gak bela-bela ikan, tapi dari spesies yang kecik2 tapi berkaler maler. Cute sangat. Tapi kalau-kalau terdesak tu aku rasa  macam nak kidnap ikan Arowana kakak aku jer... dapat 80-100 ribu cukuplah.. ok..back to the topic. kat bawah ni senarai 10 jenis ikan yang tercantik di dunia.

Arowana milik kakak aku... ni mak dia.. bapak dia kena kunci dalam bilik khas.

TEKAN READ MORE UNTUK TERUSKAN 


10 - AFRICAN CICHLIDS

Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria. Mampu  membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.

9 - PARROTFISH


Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung.  Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.

8- REGAL TANG

Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa. Kecik-kecik pun dah main pisau..

7 - CORAL BEAUTY

Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.

6 - FLAME ANGEL

Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak seteguh Coral Beauty. Aku pun tak faham ayat ni. Kena mengaji balik ni. Tapi maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral Beauty.

5 - IKAN KOI

Yang ini sure ramai yang tahukan. Dapat no 5 ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna oren,merah,putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk mencari pola warnaya yang jarang-jarang didapati.

4-MOORISH IDOL

Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.

3 - LIONFISH

Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.

2- DISCUS

Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika

1-MANDARINFISH

Ada dua jenis dari spesies ini. Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.

P/S:: DALAM BANYAK-BANYAK IKAN NI YANG PALING AKU SUKA IKAN DISCUS DAN IKAN LIONFISH TU.. CHUMEL DAN NAMPAK GARANG. TAPI YANG PALING AKU SUKA MESTILAH IKAN AROWANA KAKAK AKU TU..BODEK LEBIH NI. KORANG PULA MACAM MANA..IKAN MANA YANG KORANG PALING SUKA DAN TAK SUKA.
SHARE

Bro Aim

lets chill our self

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

48 comments:

  1. Wah!Cantiknya ikan2 ni...bak kata Sharktale:
    "Fish are friend, not food!"
    ^_^

    ReplyDelete
  2. tertarik dgn Discus...cantik..!! :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    FAIRY TALES

    ReplyDelete
  3. sangat2 cantik. adored dgn fish2 tu.

    ReplyDelete
  4. wahhh!!! cantiknye
    mandarin fish plg cute..
    heheh =)

    ReplyDelete
  5. discus...ikantakleh bawak berbincang..hehe

    ReplyDelete
  6. subhanallah..cantiknya ikan2 ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Tira suka ikan emas.. Senang nak bela, senang nak dapat. Tapi dulu selepas Arowana, Ikan Flowerhorn melonjak kepopularitiannya. Sekarang mula senyap je ea..

    ReplyDelete
  8. waa...
    canteknye ikan tu..
    minat!

    ReplyDelete
  9. cantik2 sungguh ikan2 tu.
    yang regal tang tu unik betol.

    ReplyDelete
  10. @nescafe_aissebab tu tak ejaan dia salah..haha..tak cukup s plak

    ReplyDelete
  11. @Miss Tiraarowana still ada harga lagi..tu yang kecoh kat kampung ritu..siap masuk berita..haha

    ReplyDelete
  12. @CGGnanti kita bela..tapi ikan laga jer lah

    ReplyDelete
  13. @RIANwa wa tak minat ikan koi..tapi ikan flame angle tu lawa..

    ReplyDelete
  14. ikan2 ni nampak sungguh menyelerakan... hehehe...

    ReplyDelete
  15. sy sgt suke tgk ikan.. bile tgk ikan hati jd tenang je..:)

    ReplyDelete
  16. dari dulu teringan sangat nak bela arowana...tak tercapai lagi hasrat tu...

    ReplyDelete
  17. @A'IM hahha. . bila tgk ikan koi je, rase cam tenang. myb ada chemistry kot. hik3, (gelak gedik)

    ikan yg len tu cam menakutkan la. @_@

    ReplyDelete
  18. wah!!arowana kot..nak tnya,, cm ner yg comment tu boleh ada link eyk..mintak tunjuk ajar..

    p/s yg ada @ tu

    ReplyDelete
  19. cute miut pulak tgk ikan2 niii ...

    ReplyDelete
  20. CERITA AKU DAN SESUATU
    -Bro Ery-

    Kalau nak rare bela je ikan Pirana. Perghh, mesti powerkan. Nak lagi power bela ikan arapaima. Hahaha :p

    ReplyDelete
  21. @Shamhaha..mai kampung aku..ada banyak arowana....

    ReplyDelete
  22. @RIANtak tau kenapa tak minat ikan koi..rasa macam nak goreng jer hehe

    ReplyDelete
  23. @Rozuan Ismailoh ok..nanti saya linkkan kat blog anda

    ReplyDelete
  24. @efyery84arapaima tu besaq sangat... nak juga bela ikan pirana tu

    ReplyDelete
  25. @A'IM hahaha. . rasa nak goreng ? maybe sebab dy gemuk2 cam sedap dibuat bakar. hakhak.

    kesian ikan koi. tak baik pilih kasih. huahha~

    ReplyDelete
  26. flower hon xde..?
    bukan katenye harge cecah ribu..

    ReplyDelete
  27. @fara ferozasuka ikan ker suka rancangan idol2 tu

    ReplyDelete
  28. @RIANhaha...entah..bukan tak suka tapi memang tak berkenan

    ReplyDelete
  29. @ellyflower hon tu kita jer terkejar2....tang lain relek jer... pelik jer aku tengok..mungkin masuk kategori ikan paling pelik kot.haha

    ReplyDelete
  30. @A'IM err. . tak suka dgn tak berkenan tu bukan same ke ? kihkih~

    sume ikan-ikan kat atas tu untuk dibela ke ?

    ReplyDelete
  31. Cantik...tapi ada juga yang beracun.

    ReplyDelete
  32. subhanallah. cantik sgt2 especially yg last skali tu

    ReplyDelete
  33. @RIANyups... cuma ikan singa tu kna hati2 sikit..beracun

    ReplyDelete
  34. Actually banyak je ikan-ikan cantik nie.. masa gi snorkling di tioman baru2 ni pun teruja tgok ikan2 yang menkjubkan.. huhu nak gi lagi.. suka gak bela ikan.. hehe

    Komuniti gempakZ

    ReplyDelete