10 KATAK PALING CANTIK DI DUNIA

Mr.Katak dan Mrs.kodok – tentu u all kenalkan apa binatang ni. Mesti ramai yang geli dan cakap katak ni hodoh dan macam-macam lagi fitnah dan tuduhan dilemparkan kat keluarga katak ni. Tapi u all mesti tak tahu sebenarnya kewujudan spesies ni pun penting gak. Sekarang dah macam-macam spesies katak yang terancam dan kepupusan. So hope lepas ni tak payah la tuduh katak-katak  ni yang bukan-bukan. Sebagai tanda sokongan apa kata korang pilih salah satu katak ni untuk dibela sekor kat rumah. Chantek dan chumel ni. Pilih-pilih jangan tak pilih.
TEKAN READ MORE UNTUK TERUSKAN MEMILIH 

1 KATAK PELANGI

Style kan nama dia. Cuba translate dalam Bi.. “Rainbow Frog”.. haha.. chumel jerk an. Katak ni hidup kat hutan kering berbatu Madgascar Isalo Massif. Berbelit lidah aku menyebutnya. Kalau di ancam katak ni akan mengembangkan badan sebagai mekanisme pertahanan terhadap predator atau binatang pemangsa. So Nampak dia akan menjadi bulat. Bajet cam besarlah tu. Nasib baik tak keluarkan pelanggi..kalau tak dah boleh wat teori baru pasal pelangi.

2 KATAK TRANSPARENSI

Dalam Bi disebut Hyalinobatrachium pellucidum. Aku tak reti nak menyebutnya. So korang leh panggil dia kata kaca atau Kristal sebab kita boleh melihat isi badannya yang transparensi atau lut sinar. Yang tak bestnya katak ni dah mula diancam kepupusan.so sorang digalakkan membela sekor.

3 KATAK MANTEL MERAH

Katak ni memakai mantel arau kult merah jingga di bahagian belakang badanya. Saiznya Cuma 2.5 cm panjang so itu bermakna korang pi ambik pembaris dan wat ukuran 2.5cm tu. Katak kecil ini merupakan katak darat asli Madagascar.

4 KATAK ATELOPUS

Aku panggil dia katak banyak nama sebab korang gak boleh panggil dia katak badut atau costa rica variable hariequin toad. Haaa. Panjang kan nama dia. Dia dapat nama tu sebab katak ni merupakan katak neo-tropic yang dulunya banyak di seluruh costa rica dan panama.tapi sekarang dah terancam dan menghampiri kepupusan. Tinggal sikit jer kat Panama tu. Jom bela sorang sekor lagi.

5 KATAK TERKECIL DI DUNIA

Yang ni aku tak tipu punya.cuba tengok gambar tu. Ceconet kan. katak ni boleh dijumpai kat pergunungan Andes, Peru selatan. Dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas permukaan laut. Hoh. Nak carik untuk dibela pun susah lak..

6 KATAK TERBESAR DI DUNIA

Katak goliath atau conraua Goliath ni kalau korang rasa-rasa nak buat kenduri boleh korbankan sekor. Mampu membesar sehingga 33 cm panjang dan berat sehingga 3kg. cukuplah tu untuk 10 orang makan. Jangka hayat sekor katak ni adalah 15 tahun. Korang nak tau tak dia ni suka makan kala jengking,serangga dan katak kecil.sebab tu katak kecik pupus. Merupakan kodok yang mempunyai pendengaran yang tajam tetapi tidak mempunyai kantung suara. Pernah tengok rancangan pasal kodok ni. Orang asli kat situ memancing kodok besar ni guna umpan katak kecil.pastu makan ramai2.pergh….

7 KATAK BERACUN

Katak super biru ni dari keluarga Dendrobatidae, merupakan katak asli amerika tengah dan selatan. Aktif pada waktu siang dan sering menunjukkan warna yang cerah. Katak ni pun diancam kepupusan. Digelar katak panah oleh pribumi amerika akibat penggunaan rembesan beracun kat hujung anak panah diorang. Saper pernah tengok cerita Apocalypto tentu sure pernah tengok aksi hero wat sumpit beracun. Search google untuk review citer tu..sumpah best.

8 KATAK BANTAL

Bestkan nama dia. Mampu membesar sehingga 6 inci panjang dan tinggal di sekitar Uruguay, Brazil dan Argentina utara. Kalau tengok dari jauh macam bantal jer tapi katak ni boleh menyerang tikus kecil, burung ataupun katak lain dengan sekelip mata.

9 KATAK DARWIN

Tau teori Darwin. Kenal tak Darwin tu saper. Ha sekarang dia dah jadi katak. Katak cam chumel ini banyak dilihat sekitar tahun 1978 tapi sekarang dah takder dah. Mungkin sudah pupus. Katak ni merupakan jenis yang menyayangi anak-anak. Katak jantan akan mengeram telur dalam kantung suara sampai telur menetas. Katak pun tau jaga anak..no komen

10 KATAK VIETNAM

Katak askar Vietnam (aku yang panggil dia macam tu) berasal dari keluarga Rhacophoridae. Boleh juga ditemui di China.. habitat asal di hutan dataran rendah tropika yang lembap, hidup dalam air tawar dan kawasan berbatu. Mampu menyamar kerana kulitnya berbintik-bintik hijau dan hitam yang menyerupai lumut yang tumbuh di batu. Askar Vietnam kan pandai menyamar..hehe

p/s:: korang dah pilih ke nak bela katak per ni

credit to pakcik google: banyak lak blog dah post pasal benda ni..tapi aku wat ayat sendiri yer..sowie..tak main ah tiru niru ni
Share on Google Plus

About Bro Aim

Simple and clean. Banyak berada di kubu sambil menyiapkan beberapa projek bawah tanah. Kadang-kadang sempat juga melayan hobi memancing. Boleh rujuk di ||Tepen Caster
    Blogger Comment
    Facebook Comment

63 comments:

  1. nice post...
    nak bela katak transparent tu :D

    ReplyDelete
  2. gila besar!buat sup mungkin sedap...(loya tekak pakcik)

    ReplyDelete
  3. tengah membayangkan katak besar tu melompat depan ko..

    agak2 ko lari ke sentap ke buat ape?.. hahahah..

    beso bebeno ate nye.. =p

    ReplyDelete
  4. even paling lawo pn, still rase geli.. euuwww~~ =.=

    ReplyDelete
  5. klu saya nak bela katak pelangi kot... sebab dia tunjuk 'peace'. hahhaaa...

    ReplyDelete
  6. eee~ paling tak menahan katak kristal tu. subhanallah ciptaan Allah swt.

    ReplyDelete
  7. dari dulu...kini dan selamanya....
    mahu PRINCE FROG...ade tak ?

    =p
    hihi~

    ReplyDelete
  8. hikhik tak suka tgk katak transperent tu geli...tp like tgk katak beracun tu...cntik hoho

    ReplyDelete
  9. oit2..katak2 jgn sebut yer..hahahaha..just joking..Melayu Frustasi sensitip bab katak nie..hihihi

    ReplyDelete
  10. katak lutsinar n katak beracun yg plg lawa...bestttt... :P

    ReplyDelete
  11. perghh..katak nmpak isi perut..haha..btw nice..

    ReplyDelete
  12. perghh..katak nmpak isi perut..haha..btw nice..

    ReplyDelete
  13. @Mr.Kronixhehe.pastu usyar dia time dia makan kan

    ReplyDelete
  14. @menusuk hatiwat sup..no no..kita wat panggang katak

    ReplyDelete
  15. @Cik Ilatu yang pelik..yang tak terpelik tu ada berapa ntah

    ReplyDelete
  16. @Along Usopmacam kenal jer perkataan sentap ni

    ReplyDelete
  17. eeee..gelinye
    tadi nampak katak pun dh terbeliak mata nak lari,
    hehe
    yang kaler biru cantik, tgk pun dh geli geleman :D

    ReplyDelete
  18. @LittLeMyRsHMaLLoWaiyo..tu kena cari kat pakcik google dulu

    ReplyDelete
  19. @efatry search kat google..ada banyak warna.tapi warna biru mempunyai racun yang kuat

    ReplyDelete
  20. @IrfanzBloghehe,.. tu la pasal..dah 4 orang undi katak tu

    ReplyDelete
  21. anne tak suka katak . yewwww . hahaha . lg2 katak terbesar tu . hiiiiiii . haha

    ReplyDelete
  22. Alamak ...KATAK.
    BUANG katak tu,jom ikut akak ke Bintulu esok round..

    ReplyDelete
  23. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Katak oh katak,
    kenapa panggil hujan?

    Macam-mana aku tak panggil,
    ular nak makan aku.
    Ular nak makan aku.

    Ular oh ular,
    kenapa nak makan katak?

    Macam-mana aku tak makan,
    memang makanan aku.
    Memang makanan aku......

    Betul juga tu ye...........

    Memang makanan engkau.
    Memang makanan engkau..........

    ReplyDelete
  24. tak mau ah bela sekor pun . haha . ee .

    ReplyDelete
  25. mule2 bce tajuk ingatkan kotak.bile bukk entry tercari cari gak kotak2 y dimaksudkan cantik tu tpi tgok sume jek katak then bce sekali lgi tajuk dusssh!..katak rupenyer,ngeh..ngeh..:p

    ReplyDelete
  26. yerkkk....huhuhu
    tp gigi nak bela katak mantel merah lar..nak2! haha

    ReplyDelete
  27. @atiEy_[azHa]kenapa tak nak bela laks..wuuu pet tu

    ReplyDelete
  28. suka katak yang no.2 tu. ^^

    kemsalam kat dia haa . :P

    ReplyDelete
  29. katak avatar pon ada...(yg kaler biru) semat la...

    ReplyDelete
  30. -.- tak tahu nak pilih mana satu. semua geli pada pandangan mata Tira walaupun Tira akui kewujudan mereka amat penting untuk ekosistem alam kita.

    ReplyDelete
  31. katak transparent - geli geleman!

    kAtak merah - terang sangat!

    katak biru - dah cantik dah tp beracun plk

    katak bantal - hahaha... kalau xde bantal, leh jdkan katak tu bantal...



    salam kenal. jemput singgah blog fda. ada entry perlukan pendapat kamu

    ReplyDelete
  32. CERITA AKU DAN SESUATU
    -Bro Ery-

    katak yg bersaiz gergasi tu boleh buat masak rendang. muahahaha, mengerikan..

    ReplyDelete
  33. @TheChekJahhaha.. agak2 dia family yang mana tu..

    ReplyDelete
  34. @Miss Tirabuang rasa geli kalau sayang..wajib..hehe

    ReplyDelete
  35. @rizwan's sweethearthaha.. letak dalam keta jer katak bantal tu

    ReplyDelete
  36. @efyery84aku lagi suka refer to panggang or bbq..haha

    ReplyDelete
  37. cantik macam mane ponn, tetap menggelikan. yeuwwww~

    ReplyDelete
  38. cantik macam mane ponn, tetap menggelikan. yeuwwww~

    ReplyDelete
  39. eeeee gelinya tengok kodok tuuuu

    ReplyDelete
  40. @~yayaLOVA~huhu... lawa tu kalau wat pet..baru lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  41. katak pelangi hensem sgt lar..nnti takot ade org curi plak..hehe

    ReplyDelete
  42. @gigiAriEmatakper..kita ada sangkar elektrik...

    ReplyDelete