10 LUKISAN TERMAHAL DI DUNIA

ENTRI KALI INI NAK SHARE KEPADA ANDA SEMUA LUKISAN-LUKISAN YANG TERMAHAL DI DUNIA SEMASA SEJARAH BERLALU..CUBA KORANG BAGI PENDAPAT SIKIT TENTANG LUKISAN2 TERSEBUT.ADAKAH IANYA LAYAK HINGGA DIJUAL SEBEGITU MAHAL..

PORTRAIT OF ADELE BLOCH-BAEUR [KARYA  GUSTAV KLIMT] - $135,000,000

Di lukis pada tahun 1907 oleh pelukis Gustav Klimt. Sejarah lukisan ini pernah dirampas oleh pihak Nazi Jeman ketika Nazi menduduki Austria. Pada tahun 2006, seorang pengusaha kosmetik bernama Ronard S. Lauder, membeli lukisan ini dengan harga 135 juta dolar AS. Lukisan tersebut kemudian dipamerkan di galeri miliknya, Neue Galerie, New York

GARCON A LA PIPE [KARYA PABLO PICASSO] - $104,100,000

Lukisan cat minyak berukuran 100 x 81.3 sm ini adalah karya Pablo Picasso (warga sepanyol) menggambarkan seorang anak lelaki Kota Paris sedang memegang paip di tangan kananya. Ia dilukis ketika masa “Rose Period” (1904-1906). Ketika itu lukisan-lukisan Picasso bercorak riang dan didominasi oleh warna oren dan pink. Lukisan ini tidak bergaya “cubist” seperti lukisan-lukisan cubist Picasso lainya. Lukisan ini dilelong dengan harga 104.1 juta As di tempat pelelongan Sotheby’s New York pada 4 mei 2004

PORTRAIT OF DR. GACHET’S [KARYA VINVENT VAN GOGH] - $82,500.00

Lukisan yang dilukis oleh pelukis impresionis Belanjda ini tiba-tiba sahaja menjadi terkenal  di dunia ketika seorang pengusaha Jepun bernama Ryoei Saito memblinya dengan harga $82.5 juta AS di tempat pelelongan Christie’s New York. Saito sangat teruja dengan lukisan ini sehingga beliau ingin dibakar bersama lukisan ini setelah beliau mati. Bagaimanapun setelah saito meninggal pada tahun 1996, lukisannya tetap dipelihara. Vincent Van gogh melukis potret Dr. gachef’s dalam dua versi, versi pertamanya kini berada di Muzium Paris dan sangat berbeza warnanya dengan lukisan yang dimilki oleh Saito.


DORA WITH CAT [PABLO PICASSO] -$95,200.00

Satu lagi lukisan dari Picasso yang dilukis pada than 1941. Lukisan potret diri ini menimbulkan kontroversi kerana ada yang menganggap bahawa lukisan ini menggambarkan diri kekasihnya. Dora maar, seorang jurgambar yang menjadi kekasih Picasso selama 10 tahun (1930-1940). Lukisan ini terjual dengan harga 95.2 juta dollar AS pada lelongan di Sotheby’s, 3 Mei 2006


BAL AU AU MOULIN DE LA GALLET [AUGUSTE RENOIR] -$78,000,000

Dilukis oleh pelukis Perancis, Pierre-Auguste Reoir pada tahun 1876. Pada tanggal 17 mei 1990, lukisan ini terjual dengan harga 78 juta dollar AS di tempat pelelongan Sotheby’s dibeli oleh Yyoei saito yang membeli lukisan Vincent van Gogh. Kaya juga mamat ni kan.


MASSARCRE OF THE INNOCENTS [ KARYA PETER PAUL RUBENS]- $76,700,00

Dilukis oleh Peter Paul Rubens pada tahun 1611, lukisan ini terjual dengan harga 76,7 juta dollar AS di tempat pelelongan Sotheby’s pada tahun 2002 oleh Kenneth Thomson, seorang usahawan terkaya di Kanada dan pengumpul lukisan


RIDEAU, CRUCHON ET COMPOTIER [KARYA PAUL CEZANNE] -$60,500,00

Lukisan ini dilukis oleh Paul Cezanne dalam kurun masa 1893-1894. Terjual di tempat lelongan Sotheby’s New York dengan harga 60.5 juta Dollar AS pada 10 Meo 1999. Pembelinya adalah keluarga Qhitneys. Whitney yang lahir dari keluarga kaya adalah pemodal projek, penerbit, produser filem Hollywood dan seorang dermawan.

PORTRAIT DE I’ARTISTE SANS BARBE [KARYA VINVET VAN GOUGH] - $71,500.000

Lukisan diri tampa janggut yang dilukis pada September 1889 di Saint-remy-Provence, Perancis. Lukisan cat minyak ini berukuran 40 sm x 31 Sm. Lukisan potret diri tampa janggut tidak seperti lukisan-lukisan potret diri lainnya yang selalu ada janggutnya. Lukisan potret diri ini menjadi salah satu lukisan termahal di dunia ketika terjual pada tahun 1998 di new York dengan harga 71.5 juta dollar AS.


IRISES [KARYA VINCENT VAN GOUGH]- $53,900,000

Vinvent Van Gough melukis lukisan ini di saint Paul- de Mausole, Saint-remy-De-Povence, perancis, pada tahun 1889, setahun sebelum kematianya. Pada tahun 1987, lukisan ini merupakan lukisan termahal pada saat itu, ketika terjuald engan harga 53.9 juta dollar AS kepada Alan Bond. Kmeudian Ia dijual lagi ke Muzium getty Di Brentwood, Los Angeles, California, amerika syarikat.


FREMME AUX BRAS CROISES [KARYA PABLO PICASSO] - $55,000,000

Lukisan ini dilukisan pada tahun 1901 pleh Pablo Picasso, di Masa “blue Period” 91901-1904), waktu di mana Picasso mengalami kegelapan dan kesedihan dalam hidupnya. Keindahan dan warna biru pada lukisan-lukisanya saat itu adalah dominan. Lukisan ini menggambarkan seorang wanita sedang berpangku tangan dengan tatapan mata kosong. Lukisan ini terjual dengan harga 55 juta dollar AS pada pelelongan di Christie’s Rockefeller, New York.


P/S::SO APA KATA ANDA SEMUA...BERBALOI TAK MEMBELI LUKISAN SEMUA NI DENGAN HARGA YANG TINGGI??

Follow by Email - Masukan Email anda untuk mendapatkan post terbaru terus ke dalam email