Tips Servis Laptop Sendiri Bila Laptop Selalu Panas Atau Lembap

Tips kali ni bro nak share something berkaitan dengan laptop. Tak Kisahlah kalau korang guna Notebook,vaio atau Mac sekali pun bila dah lama pakai mesti kes laptop cepat panas berlaku. Masa tu lah laptop cepat hang/jem lepas tu terus shutdown sendiri. Mesti rasa berbulu kan.. sampai bulu kaki pun naik sama. Sabar, jangan sampai korang sepak lelaju pula laptop tu. Laptop tu tak bersalah.
Vaio hijau yang menjadi idaman hati :)
laptop pun macam kereta. Bila sampai seru dia kena pergi servis. Jangan pula korang memandai nak letak minyak enjin dekat laptop tu.Memang berasap lah lepas tu. Servis laptop ni ada dua bahagian. Bahagian pertama  tak perlu skill sebagai engineer computer sebab apa yang perlu korang buat hanyalah cuci Registry, Hapuskan Sampah yang tak perlu (Junk), defrag hardisk, Check hardisk problem, remove broken shourtcut, dan configure system start. Dan kalau korang rajin manage balik apa yang korang dah pernah install dalam laptop tu. Agak-agak tak penting korang buang je. Buat berat laptop je
CC cleaner

Pergh cerita macam banyak je nak kena buat. Jangan kalut ye. Bro tak suruh pun korang cari satu-satu benda alah tu. Dunia ni dah semakin maju. Cuma sekali tekan semua dia boleh buat.  Dekat pasaran atau dalam erti kata yang lain korang boleh download je software cleaner. Ada macam-macam software yang korang boleh guna. Tapi bro suggest guna je Tuneup Utilities atau CC cleaner. Tuneup Utilities pun dah keluar version 2012. Dekat situ korang follow je apa yang patut dibuat.
Tuneup Utilities 2012 
Untuk bahagian kedua pula ni memerlukan keberanian tahap dewa. Agak-agak bukan hati kental baik korang tak payah buat. Hantar je kedai komputer dan cakap nak servis laptop. Rate sekarang dalam Rm50.00 tak silap bro.  Apa yang perlu korang buat sekarang adalah menunjukkan kelakian dan kewanitaan korang. Err.. jangan korang buat sesuatu yang lucah pula dekat laptop tu.  Korang perlu buka part by part komponen laptop tu sampai jumpa bahagian kipas.Lepas tu cucilah kipas tu sebersih yang mungkin dari habuk. Gunalah apa cara sekalipun janji bersih. Nak sumbat dalam mesin basuh pun boleh.

Amaran dari kerajaan Malaysia. Sebelum korang buka laptop tu pastikan senarai dibawah di ambil kira. Kalau tak sila tanggung sendiri atau kalau nak menyesal di kemudian jam sila menonggeng selama yang boleh.


  • Makesure korang dapatkan manual untuk buka buka laptop korang mengikut model yang korang guna. Jangan sesekali guna model lain sebab lain model lain cara buka. 
  • Gunakan peralatan yang sesuai. Guna saiz skru driver yang sesuai mengikut skru yang ada dekat laptop .Kalau tak nanti bunga dia loss.
  • Ingat saiz skru dan tempat skru tu. Kalau tak ingat sila tulis kat memana atau tangkap gambar.
  • Sebelum buka mana-mana kabel atau clip pastikan korang ingat balik mana tempatnya. Cara mudah korang tangkap je gambar bebanyak.
  • Buka ikut turutan kompenan dan jangan guna kekerasan melampau kalau nak buka.Akibatnya cacatlah laptop korang nanti.
  • Siap cuci mana yang patut pasang balik ikut turutan. Pastikan korang tak tertinggal mana-mana kabel dan clip serta skru.
Dah siap pasang balik cuba try test on laptop korang. Kalau berjaya on cek balik wifi, Bluetooth, Card reader, dan pemain Cd. Kalau ada yang tak function kemungkinan besar ada kabel yang korang tak pasang atau salah pasang. Kalau tak boleh on laptop cek balik mana yang patut. Tapi kalau malas hantar je kedai.

Actually ni kali kedua bro servis laptop sendiri. tapi kali ni macam-macam hal pula yang jadi. Ye lah nak buat benda ni tak boleh kalut-kalut. lepas tu nak kena ada mood. Tapi hari tu apa jadi ntah lepas test wifi tetiba tak boleh on wifi. 2 kali gak lah bro buka balik laptop tu nak cek mana yang tertinggal sampai rasa fed up. last-last baru bro perasan yang chip wifi bro tak masukan lepas sambung kabel. patutlah lampu wifi je yang nyala tapi tak boleh on. hampeh tul masa tu sampai bro tergelak sorang-sorang. Benda yang paling common dalam kerja ni korang akan terlebih skru bila pasang balik laptop tu. Dulu bro tertinggal satu skru. Tapi hari tu bro ada lebih 3 skru. Malas nak pasang balik bro biar je janji laptop tu takder gegar-gegar. Macam pasang motor gak. Mesti ada lebih nat.
Laptop Acer yang di bogelkan

bahagian dalam yang kotor dengan habuk

bahagian dalam Laptop Acer

So kepada yang nak mencuba tu semoga berjaya hendaknya. Kalau berjaya sila tepuk tangan kuat-kuat sambil buat muka bangga. Sape tak bangga buat macam tu. Ingat senang ke. Hanya orang-orang yang terbilang je boleh buat. ---------Ending.
Share on Google Plus

About Bro Aim

Simple and clean. Banyak berada di kubu sambil menyiapkan beberapa projek bawah tanah. Kadang-kadang sempat juga melayan hobi memancing. Boleh rujuk di ||Tepen Caster
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment