Gambar Lawak Merdeka 55 Malaysia

Bak kata orang bila umur manusia ni mencapai umur 50 tahun ke atas dikira sebagai tahap pengakhiran. Tapi pengakhiran yang penuh dengan pengalaman dan segala kenangan, dan yang lebih penting adalah pengetahuan dan pengetahuan.
bendera malaysia
icon Bendera malaysia

Jadi Negara Malaysia di ambang pengakhiran??
Bukan tu maksud aku.Malaysia sudah mencapai tahap kematangan dan kemajuan negara dah seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Tapi bak kata peribahasa baru..."Buat jalan baik mana pun lama-lama berlubang juga"

Negara dah merdeka tapi masih ada rakyat yang belum mengecap nikmat merdeka. Kenapa? soalnya mudah. "Tak kan tahu sakit di kepala kalau tak cuba di ketuk dengan tukul" maknanya orang tak kan tahu cerita kalau tak ada yang bercerita. Kesimpulan?? Kalau nak tunggu orang bercerita tapi pak pandir tak nak turun mencari tukul mana mahu boleh ditukul. Penjelasanya mudah.. masih ada yang susah payah tanpa perhatian,hidup seperti orang yang tidak pernah merdeka (senang). kais pagi makan pagi, hulur malam makan  malam.




Tentu ada yang pening dengan ayat di atas. Kesimpulan mudah.. kita masih belum cukup sedar bahawa kemajuan dan kemerdekaan ini tak seiring dengan identiti sebagai seorang yang berilmu. Pecah belah sana sini, masa di injak-injak, kecelaruan berlaku. jadi biarlah mulai saat 31 Ogos 2012 ini sebagai batu ukur untuk berubah dan membina Malaysia kearah lebih bertamadun..
Sambutan merdeka 53 - cuba teka kat mana?

Alangkah indahnya bagi yang beragama Islam beramai-ramai menunaikan solat hajat dan sujud syukur di hari kemerdekaan ni. Indah bukan.. Ya sangat indah.. Anda bagaimana?
SHARE

Bro Aim

lets chill our self

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment